Malaysia, Russia tubuh mekanisme khas pelaksanaan perjanjian

Malaysia, Russia tubuh mekanisme khas percepat pelaksanaan perjanjian

ANWAR Ibrahim tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India, semalam.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Malaysia dan Russia bersetuju mewujudkan satu mekanisme khas bagi mempercepatkan pelaksanaan semua perjanjian yang dicapai antara kedua-dua negara. 

Perkara itu dicapai dalam pertemuan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Russia, Vladimir Putin yang berlangsung  di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini semalam.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan mengenai import minyak sawit Malaysia oleh Moscow serta usaha mempercepatkan penerbangan terus

Dalam perbincangan selama 20 minit itu, Anwar mengulangi penghargaan beliau terhadap sokongan Russia bagi kerjasama tenaga dengan Malaysia.

Sebelum ini, Petronas telah mengadakan libat urus dengan rakan sejawat dari Russia (Rosneft) serta syarikat-syarikat lain untuk memajukan kerjasama dalam sektor tersebut.

Pertemuan dengan Putin itu merupakan pertemuan dua hala pertama Perdana Menteri di sini.

Pada 2024, jumlah perdagangan ASEAN-Rusia mencecah US$18.1 bilion, manakala pelaburan langsung asing Rusia di ASEAN berjumlah RM367.90 juta (US$92.97 juta).

Bagi Malaysia, Rusia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar dalam kalangan negara Eropah pada 2025, dengan jumlah perdagangan bernilai RM8.72 bilion (US$2.04 bilion).

Eksport utama Malaysia ke Rusia merangkumi produk elektrik dan elektronik, jentera, peralatan dan komponen, serta makanan diproses, manakala import utama terdiri daripada produk petroleum, mineral, bahan kimia dan produk berasaskan kimia.

Sementara itu, menurut agensi berita Russia, TASS, memetik Putin sebagai berkata bahawa beliau menyifatkan pertumbuhan sebanyak 12.9 peratus dalam nilai dagangan antara Rusia dan Malaysia pada tahun lepas sebagai kadar yang kukuh.

“Tahun lepas, nilai dagangan antara negara kita berkembang sebanyak 12.9 peratus. Itu satu kadar yang baik,” katanya.

Presiden Russia itu menegaskan bahawa Moscow amat mementingkan hubungan dengan Kuala Lumpur dalam bidang pendidikan, sains, teknologi, dan pelancongan.

“Dalam perbualan hari ini, kami berpeluang membincangkan isu-isu keutamaan mengenai kerjasama kita dalam semua bidang ini,” kata Putin.

Anwar tiba di sini pada Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 yang dihoskan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS adalah atas kapasitinya sebagai negara rakan kongsi BRICS sejak 1 Januari, 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×