Lori hilang kawalan, Land Rover terbalik dalam nahas lima kenderaanhanis.halim@mediamulia.com.my 

Lori hilang kawalan, Land Rover terbalik dalam nahas lima [email protected] 

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Seorang wanita cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Land Rover yang dipandunya terbalik dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 4, Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah lori yang bergerak lurus membrek secara mengejut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan itu menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan sebelum memasuki lorong sebelah kanan dan melanggar dua kereta serta sebuah motosikal.

“Akibat perlanggaran itu, sebuah Land Rover yang dipandu wanita tempatan berusia 51 tahun terbalik beberapa kali sebelum melambung dan terkena sebuah Honda City yang diletakkan di bahu jalan sebelah kiri.

“Wanita berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dan hadir membuat laporan polis pada hari sama, manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan serta turut membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Hukuman memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Rosmawati Ab Radzak di talian 012-260 6782,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×