Letusan Anak Krakatau: AirAsia batal, jadual semula penerbangan

Letusan Anak Krakatau: AirAsia batal, jadual semula penerbangan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AirAsia membatal dan menjadualkan semula beberapa penerbangan ke serta dari Jakarta susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda yang menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Indonesia ditutup sementara.

Syarikat penerbangan itu berkata, abu gunung berapi menimbulkan ancaman besar terhadap keselamatan pesawat, sekali gus mendorong pelarasan operasi bagi perkhidmatan terpilih yang laluan penerbangannya mungkin terjejas.

“AirAsia telah memaklumkan semua penumpang terjejas mengenai status penerbangan dan pilihan disediakan untuk mereka, AirAsia juga sedang berusaha memastikan penumpang dapat menyambung perjalanan mereka dengan selamat menerusi penerbangan seterusnya yang tersedia,” katanya menurut Bernama.

Dalam pada itu, AirAsia menggesa penumpang yang pergi dan balik dari destinasi terjejas supaya menyemak status penerbangan terkini sebelum meneruskan perjalanan.

“AirAsia terus memantau aktiviti gunung berapi Anak Krakatau dan akan mengemas kini nasihat perjalanan dengan penyambungan semula operasi seperti biasa,” katanya.

Kementerian Pengangkutan Indonesia sebelum itu memaklumkan, sebanyak 209 penerbangan terjejas akibat penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta susulan abu gunung berapi Anak Krakatau. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×