Lelaki kritikal jatuh bangunan hospital di Ipoh - Utusan Malaysia

Lelaki kritikal jatuh bangunan hospital di Ipoh

LELAKI yang terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan hospital di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan hospital di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang selepas seorang pengawal keselamatan hospital mengesan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan di laluan tangga kecemasan.

Katanya, pengawal keselamatan terbabit kemudian mengekori lelaki itu sebelum mendapati mangsa telah terjatuh dari aras tiga bangunan berkenaan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60 hingga 70 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemukan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika ditemui, lelaki berkenaan memakai kemeja-T lengan pendek berwarna merah dan seluar berwarna hitam.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mempunyai ahli keluarga dilaporkan hilang diminta tampil membantu mengenal pasti mangsa.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×