PUTRAJAYA: Kerja-kerja menggali pusara bagi persiapan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara, Putrajaya.
Pusara Allahyarham terletak bersebelahan pusara Allahyarham Tun Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ia dilakukan bermula kira-kira pukul 2 petang tadi oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai persiapan sebelum jenazah Allahyarham dibawa ke Pusara Negara untuk istiadat pengebumian.
Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Kerajaan sebelum ini memutuskan supaya Allahyarham diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
Jenazahnya dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor pada pukul 1.30 tengah hari bagi urusan pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Pusara Negara di Presint 20 untuk istiadat pengebumian pada jam 4.30 petang.-UTUSAN











