Kerajaan Jepun rancang beli semula 210,000 tan beras

Kerajaan Jepun rancang beli semula 210,000 tan beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kerajaan Jepun akan membeli semula 210,000 tan beras yang dikeluarkan sebagai langkah kecemasan tahun lepas selepas kekurangan bekalan kini reda, kata Menteri Pertanian pada Selasa, lapor Kyodo News.

Kenaikan mendadak harga beras sebelum ini mendorong kerajaan mengeluarkan sejumlah 590,000 tan daripada stok simpanan beras bagi kegunaan kecemasan pada 2025.

Kerajaan kini mempunyai kira-kira 320,000 tan beras, jauh lebih rendah berbanding paras yang dianggap sesuai iaitu satu juta tan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Harga beras menurun susulan pertambahan bekalan di pasaran.

Dalam pada itu, golongan petani bimbang bekalan yang banyak boleh menyebabkan harga jatuh mendadak. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini