Kami kehilangan seorang sahabat - Zizi Kirana - Utusan Malaysia

Kami kehilangan seorang sahabat – Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zizi Kirana, 41, meluahkan rasa sedih susulan pemergian salah seorang peminatnya dikenali sebagai Deen Arsenal yang dijemput Allah S.W.T pada Jumaat.

Menurut Zizi, arwah bukan sahaja peminat, malah seorang sahabat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya sejak dulu.

“Kami kehilangan seorang sahabat yang sangat kami sayangi. Deen Arsenal, begitu kami selalu memanggilnya. Seorang insan yang sangat baik, ikhlas dan sentiasa membawa kebaikan dalam persahabatan kami.

“Deen selalu hadir ke persembahan dan acara saya walaupun jauh. Tak pernah berhenti menyokong karya-karya saya, sentiasa ada memberi semangat dan sentiasa hadir dengan senyuman,” katanya dalam Thread.

Kata Zizi lagi, dia menganggap arwah sebagai keluarga yang kehilangannya amat dirasakan penyanyi itu.

“Mungkin bagi orang lain, Deen sekadar seorang peminat atau penyokong. Tapi bagi saya, Deen bukan sekadar itu, dia adalah keluarga. Kebaikan, senyuman dan kehadirannya akan sentiasa kami ingat dan rindukan.

“Terima kasih, Deen, untuk segala tawa, cerita, kebaikan dan persahabatan yang pernah kita kongsi.

“Berat untuk menerima bahawa selepas ini tiada lagi senyumanmu, tiada lagi kehadiranmu. Pergilah dengan tenang.

“Semoga segala kebaikanmu menjadi saksi di hadapan Allah. Semoga Allah mengampunimu, melapangkan serta menerangi kuburmu, merahmatimu dan menempatkanmu di antara hamba-hamba-Nya yang soleh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×