JPA digesa teliti sistem DEEP KSU

JPA digesa teliti sistem DEEP KSU

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) bagi jawatan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian perlu diteliti pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu bakar berkata, ia bagi memastikan penilaian prestasi pegawai pengurusan tertinggi perkhidmatan awam kekal holistik, relevan dan mencerminkan dinamika cabaran pentadbiran semasa.

“Saya meminta JPA meneliti semula wajaran DEEP KSU supaya tidak tertumpu kepada projek pembangunan, tetapi mengambil kira kombinasi projek berimpak tinggi dan rakyat sentrik.

Memuatkan artikel berkaitan…

” Digitalisasi perlu menjadi sebahagian indikator prestasi termasuk sejauh mana kementerian berupaya beralih kepada urusan tanpa kertas.

“Kita mahu ukuran prestasi yang benar-benar mencerminkan perubahan yang dipimpin dan hasil yang dirasai rakyat,” katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.

DEEP merupakan kerangka penilaian komprehensif bagi mengukur prestasi dan keupayaan kepimpinan peringkat tertinggi di pelbagai kementerian serta agensi kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini