Jangan jadi 'hakim' isu Rohingya

Jangan jadi ‘hakim’ isu Rohingya

NOOR Hisam Nordin (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada anggota Kor Suksis Polis pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi Universiti Awam Ke-22 2026 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Orang ramai termasuk pempengaruh diingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap komuniti pendatang asing termasuk Rohingya, sebaliknya menyerahkan sebarang isu kepada pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, tindakan itu dibimbangi membawa implikasi negatif yang boleh memecahkan keamanan negara.

“Jika tindakan diambil oleh orang perseorangan macam pempengaruh, kita bimbang melampaui batas, tidak mengikut lunas-lunas undang-undang dan selalunya ada unsur emosi.

“Jadi, jangan buat undang-undang sendiri. Kita ada pihak berkuasa seperti Imigresen (Jabatan Imigresen) dan polis. Kalau ada kejadian yang memerlukan tindakan daripada pihak berkuasa, laporkan kepada kami (polis),” katanyaselepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi Universiti Awam Ke-22 2026 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini hari ini.

Noor Hisam berkata, polis bertanggungjawab memastikan keamanan tanpa mengira etnik, bangsa atau kaum termasuk pendatang.

“Kita tidak mahu pecah keamanan, bukan sahaja di antara tiga kaum yang terbesar di Malaysia termasuk juga kaum pendatang ini.

“Tidak kiralah siapa yang melibatkan apa-apa etnik ataupun bangsa ataupun kaum, tidak kira dia pendatang atau kita, jika ada sebarang masalah, laporkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan tindakan susulan diambil mengikut undang-undang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×