Haiza sahut cabaran Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Haiza sahut cabaran Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Haiza Hanafi menyahut seruan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyarankan agar lagu tradisional menjadi lagu Wajib Siar di semua stesen radio dan televisyen.

Haiza memaklumkan berbesar hati kerana hasrat penyanyi nombor satu negara untuk melihat lagu tradisional dibudayakan itu tercapai.

“Sewaktu saya interview ctdk, Biduanita Datuk
Seri Siti Nurhaliza di koolfmmy, beliau sarankan
sudilah kiranya radio “wajib” siar lagu tradisional.

“Maka 1 jam 1 lagu tradisional koolfmmy. Syukur, ianya tertunai,” katanya dalam Thread.

Minggu lalu, Siti, menerusi wawancara di platform radio berkenaan, menggesa kerajaan agar mewujudkan kempen Wajib Siar bagi lagu tradisional.

Katanya inisiatif itu dapat membantu untuk melestarikan lagu jenis itu zaman berzaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×