Gemuk punca Tiz Zaqyah hilang tawaran berlakon - Utusan Malaysia

Gemuk punca Tiz Zaqyah hilang tawaran berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Tiz Zaqyah mengakui kehilangan banyak tawaran berlakon gara-gara fizikalnya yang sebelum ini, gemuk.

Tiz, yang memaklumkan perkara itu di Thread berkata beliau turut kehilangan tawaran menjadi duta produk kerana perkara tersebut.

“Lupa nak cakap, saya hilang banyak tawaran menjadi duta produk dan kerja lakonan kerana sebelum ini saya gemuk, tak kurus, tembam tak cantik depan kamera,” katanya.

Tiz berkata dia bekerja kuat untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan diinginkannya.

“Ada pihak yang ‘terjentik’ mengenai penurunan berat badan saya. Saya bekerja keras untuk mendapatkan kembali tulang pipi dan garis rahang.

“Dan sekarang saya sudah boleh memakai semua seluar  dan baju yang bersaiz XS hingga S.

“Saya tak selesa melihat rupa fizikal saya yang bulat mecam bulan apabila memihat semula drama lama saya,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×