Gara-gara satu tangan, ribuan penghuni PPR terjejas

Gara-gara satu tangan, ribuan penghuni PPR terjejas

TANGKAP layar video dikongsi DBKL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya kerana satu butang lif dirosakkan atau lampu dipecahkan, kesannya boleh dirasai ribuan penghuni perumahan awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR), terutama warga emas, ibu mengandung serta individu berkerusi roda.

Demikian nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran Facebook.

Menurut DBKL, kemudahan yang sepatutnya dinikmati bersama akhirnya terpaksa dibaiki semula, malah kerosakan berulang akibat vandalisme turut menjejaskan keselesaan dan keselamatan komuniti.

Memuatkan artikel berkaitan…

DBKL bagaimanapun terus melaksanakan kerja penyelenggaraan, pembaikan dan naik taraf secara berperingkat bagi memastikan kemudahan di PA dan PPR berada dalam keadaan baik serta selamat digunakan.

“Usaha itu termasuk mengganti dan membaik pulih lif, menaik taraf kemudahan serta membaiki pelbagai kerosakan yang berlaku di kawasan perumahan berkenaan.

“Namun, sebahagian kemudahan yang telah dibaiki kembali rosak akibat perbuatan vandalisme dan penggunaan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurut DBKL, antara kerosakan yang berlaku termasuk butang lif dirosakkan, dinding diconteng serta lampu dan kelengkapan awam dipecahkan.

Katanya, situasi itu bukan sahaja menyebabkan kos penyelenggaraan meningkat, malah memerlukan masa dan tenaga untuk kerja pembaikan berulang.

“Lebih membimbangkan, kerosakan lif boleh menyukarkan pergerakan penghuni di tingkat tinggi, khususnya warga emas, individu berkerusi roda, ibu mengandung dan keluarga yang membawa anak kecil.

“Kerosakan lampu pula boleh menjejaskan tahap keselamatan serta keselesaan penghuni ketika menggunakan laluan dan ruang bersama,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×