Dua wanita maut kena renjatan elektrik di kolam ikan 

Dua wanita maut kena renjatan elektrik di kolam ikan di Besut

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua wanita maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di kolam ikan di Kampung Air Tawar di Kuala Besut, di sini, hari ini.

Mangsa adalah Wan Adilah Wan Awang, 49, dan Rubayyi Razak, 27, yang masing-masing dikatakan pemilik kolam terbabit serta pelajar praktikal di situ.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim berkata, dua wanita itu maut selepas tidak sedarkan dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di kolam ternakan ikan tersebut, kira-kira pukul 1.40 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan kejadian tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN