Cubaan seludup gagal, Veterinar rampas 15 ekor lembu hidup

Cubaan seludup gagal, Veterinar rampas 15 ekor lembu hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak mematahkan cubaan memindahkan 15 ekor lembu hidup tanpa kebenaran di Kampung Pawong, Simpang Pulai, semalam.

Serbuan oleh Bahagian Penguatkuasa Veterinar Negeri Perak sekita pukul 10.30 malam itu dilakukan hasil risikan terhadap sebuah lori yang dikesan berhenti di tepi jalan berhampiran simpang masuk Kampung Pawong.

Timbalan Pengarah JPV Perak, Dr. Rohaiza Yahaya berkata, pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa 15 ekor lembu hidup yang dianggarkan bernilai RM37,500.

Katanya, nilai keseluruhan barang kes yang dirampas berjumlah RM107,500 termasuk haiwan ternakan dan kenderaan.

“Berdasarkan siasatan awal, kenderaan dipandu lelaki berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Selangor.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 kerana memindahkan ternakan tanpa kebenaran sah daripada Pengarah JPV,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 16 kes pemindahan ternakan tanpa kebenaran direkodkan di negeri ini sejak Januari hingga kini.

“JPV Perak akan mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dapat dilaksanakan secara optimum,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×