H1

Bidaan nombor perdaftaran H1 cecah RM10.77 juta

AEDY Fadly Ramli (tengah) melakukan gimik perasmian nombor pendaftaran baru Hari Malaysia pada Majlis Interaksi Bersama Media Sempena Hari Malaysia di Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nombor pendaftaran istimewa H1 dilaporkan menerima bidaan tertinggi sebanyak RM10.77 juta menjelang sejam terakhir sebelum tempoh bidaan siri H ditutup, malam tadi.

Berdasarkan hantaran di laman Threads, angka bidaan tersebut direkodkan setakat pukul 8.55 malam.

Selain itu, beberapa nombor satu digit lain turut menerima tawaran bernilai jutaan ringgit.

Antaranya, H9 dibida sehingga RM4.53 juta, diikuti H5 sebanyak RM3.50 juta, H3 (RM3.50 juta), H6 (RM3.18 juta), H8 (RM2.94 juta), H7 (RM2.7 juta), H2 (RM2.49 juta) dan H4 (RM2 juta).

Sementara itu, nombor H10 dilaporkan menerima bidaan sebanyak RM615,000.

Bagaimanapun, nilai bidaan berkenaan belum disahkan secara rasmi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pada 15 September lalu, akhbar ini melaporkan, JPJ telah membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri H membabitkan H1 hingga H9999 melalui aplikasi JPJeBid sempena sambutan Hari Malaysia.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli sebelum ini berkata, siri H mempunyai keistimewaan tersendiri kerana melambangkan keharmonian sempena sambutan Hari Malaysia.

Menurut beliau, siri berkenaan juga merupakan siri nombor pendaftaran dengan awalan satu huruf terakhir yang ditawarkan oleh JPJ.

Beliau berkata, penggunaan huruf H bagi siri itu berbeza daripada nombor pendaftaran teksi kerana pendaftaran kenderaan tersebut perlu disertakan dengan huruf negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×