Bekas Pengerusi TH dijangka didakwa esok

Bekas Pengerusi TH dijangka didakwa esok

KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, lelaki itu akan dituduh di hadapan Hakim Azura Alwi, pada pukul 9 pagi.

Pada 26 Ogos lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lelaki itu bagi membantu siasatan susulan isu dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Penahanan itu berkaitan siasatan serta isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

Laporan RCI berkaitan TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu memperincikan kelemahan dalam pengurusan dan operasi dana haji berkenaan bagi tempoh antara 2014 hingga 2020. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×