Bekas mudir disyaki amang seksual tiga pelajar lelaki

Bekas mudir disyaki amang seksual tiga pelajar lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Polis mendapatkan perintah tahanan reman selama lima hari ke atas seorang bekas mudir di sebuah maahad tahfiz di daerah ini, bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap tiga bekas pelajar lelakinya yang berusia 13 tahun hingga 14 tahun, tahun lalu. 

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dibenarkan Majistret Ng Yan Ni, di Majistret Dungun hari ini, selepas mendapat permohonan polis untuk melakukan siasatan mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, suspek yang kini merupakan guru sambilan hafazan al-Quran di sebuah sekolah agama di daerah ini ditahan polis kira-kira pukul 11 malam tadi di rumahnya di Paka, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis menerima tiga laporan mengenai kejadian.  Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengarahkan mangsa supaya melakukan perbuatan seksual terhadapnya.  

“Kejadian itu dipercayai berlaku secara berasingan dari April hingga September tahun lalu di maahad tahfiz tersebut,” katanya hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, suspek tidak lagi mengajar di maahad tahfiz tersebut selepas pusat itu ditutup pada Oktober tahun lalu dan bekerja sebagai guru sambilan mengajar hafazan al-Quran di sebuah sekolah agama di daerah ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×