Banyak hasil penyelidikan masih terhenti di universiti

Banyak hasil penyelidikan masih terhenti di universiti

ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar hasil penyelidikan negara masih terhenti di peringkat universiti meskipun Malaysia mempunyai ramai penyelidik, idea baik dan inovasi berpotensi besar.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zamby Abd Kadir berkata, perkara itu mendorong kerajaan untuk mewujudkan University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026.

Menurutnya, platform berkenaan membolehkan penyelidik universiti membawa hasil kajian terus kepada industri, pelabur dan rakan berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat seterusnya.

“Penyelidik perlu diberi ruang membentangkan hasil pembangunan, menunjukkan potensinya dan mencari rakan sesuai bagi membawa teknologi berkenaan ke peringkat lebih jauh.

“Malaysia mempunyai 20 universiti awam selain universiti swasta, politeknik dan institusi penyelidikan yang menghimpunkan bakat, pengetahuan, kemudahan serta harta intelek dan platform ini perlu digunakan sebaiknya,” katanya apda majlis perasmian URIIS 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Tambah Zambry, Malaysia bagaimanapun perlu mengakui cabaran apabila terdapat kecenderungan mencari penyelesaian dari luar negara walaupun penyelidik tempatan mungkin sudah memiliki teknologi dan kepakaran.

Katanya, negara mempunyai penyelidikan berkualiti, paten, prototaip dan penyelidik berbakat, namun persoalannya ialah bagaimana hasil tersebut diterjemahkan menjadi penyelesaian yang digunakan masyarakat.

“Saya turut menggesa penyelidik supaya berani membawa hasil penyelidikan keluar daripada makmal, memahami pasaran, berhubung dengan industri dan mencari rakan strategik yang sesuai.

“Penyelidikan tidak seharusnya berakhir dengan penerbitan, manakala inovasi tidak boleh terhenti pada paten kerana prototaip perlu dikembangkan menjadi produk dan penyelesaian.

“Selain itu, pihak industri juga tidak seharusnya hadir ke universiti ketika memerlukan graduan, sebaliknya mereka perlu membawa masalah dan cabaran untuk diselesaikan bersama penyelidik.

“Penyelidik perlu diberi ruang bekerjasama dengan industri bagi mengenal pasti masalah, membangunkan penyelesaian, menguji teknologi serta mewujudkan laluan ke pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×