Banjir Nepal: Kenyataan rasmi hanya melalui Wisma Putra - NADMA

Banjir Nepal: Kenyataan rasmi hanya melalui Wisma Putra – NADMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua kenyataan media rasmi berhubung bencana banjir di Nepal, termasuk perkembangan operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) hanya akan dikeluarkan melalui Kementerian Luar (Wisma Putra).

 

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini berkata, penyelarasan menerusi satu saluran rasmi itu bagi memastikan maklumat berkaitan operasi disampaikan secara konsisten, teratur dan bertanggungjawab.

 

Menurut NADMA, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan Wisma Putra dengan menyalurkan maklumat operasi yang telah disahkan dari semasa ke semasa untuk disampaikan kepada umum.

 

“Semua kenyataan media rasmi berhubung kejadian banjir di Nepal, termasuk penglibatan dan perkembangan operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), hanya akan dikeluarkan melalui Kementerian Luar (Wisma Putra) bagi tujuan penyelarasan.

 

“NADMA menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan penyampaian maklumat dilaksanakan secara konsisten, teratur dan bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

 

Kementerian Luar sebelum ini turut menjadi saluran utama dalam menyelaras perkembangan berkaitan rakyat Malaysia yang terjejas dan operasi bantuan susulan bencana berkenaan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×