Amira Othman ajak pemilik akaun berdamai, hentikan sengketa - Utusan Malaysia

Amira Othman ajak pemilik akaun berdamai, hentikan sengketa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Amira Othman tampil menegur tindakan pemilik akaun yang didakwa gemar menghamburkan kecaman terhadap dirinya sehingga menyentuh perihal peribadinya.

Menurut Amira, tindakan individu terbabit bukan sahaja keterlaluan, malah menjatuhkan nama baiknya secara terbuka di media sosial.

“Tapi awak pula kenapa suka ambil tahu pasal saya? Bukankah awak tidak suka saya? Kenapa semua video saya awak ambil tapi ‘censored’ itu apa tujuannya?

“Yang lama-lama pun banyak juga awak kritik, hina dan ulas kehidupan saya. Apalah dosa saya pada awak ya?,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Enggan berdiam diri, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu turut menegaskan dirinya terbuka mahu bersemuka dengan individu berkenaan bagi menyelesaikan segala salah faham secara damai.

“Sudah-sudahlah. Saya tidak suka mahu bermusuh sesama manusia ini. Urusan dengan manusia ini panjang dan rumit kalau tidak dimaafkan. Sekalipun awak guna akaun palsu.

“Jadi, kalau ada rasa tak puas hati, marilah kita bersua. Marilah kita sama-sama jadi baik antara satu sama lain. Tidak ada guna menjatuhkan sesama wanita,” ujarnya.

Amira memberi respons selepas individu berkenaan memintanya menegur seorang peminat yang didakwa meninggalkan komen pada perkongsiannya.

“Kepada Amira Othman, tolong sekolahkan peminat awak ini. Sibuk masuk dalam perkongsian orang,” kata netizen tersebut.

Difahamkan, perkara itu berlaku selepas individu tersebut didakwa menghamburkan kata-kata kecaman terhadap Amira ketika mengulas mengenai anaknya, Muhammad Jarir Umar menerusi sebuah video yang tular di Threads.

Bagaimanapun, perkongsian individu tersebut telah diturunkan beberapa minit selepas penyanyi itu meninggalkan respons. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×