Ziana Zain dianugerahkan gelaran Datuk - Utusan Malaysia

Ziana Zain dianugerahkan gelaran Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ziana Zain, 58, telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa kepada gelaran Datuk.

Penganugerahan tersebut disampaikan di Balai Istiadat Seri Negeri itu pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd. Ali Mohd. Rustam

Ziana antara 189 individu yang dianugerahkan D.P.S.M. dalam istiadat berkenaan, selain penerima lain daripada pelbagai latar belakang termasuk bidang perkhidmatan awam, politik, korporat dan seni.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ziana memulakan langkah dalam bidang seni sekitar penghujung 1980-an sebelum namanya melonjak menerusi pelancaran album pertama, Madah Berhelah pada Disember 1991.

Pencapaian peribadi beliau dalam bidang nyanyian antaranya kejayaan meraih gelaran utama kejohanan Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan yang juga melayakkan beliau menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Sehingga kini ziana telah merakamkan enam album, antaranya Madah Berhelah pada tahun 1991, Ziana Zain (1993), Setia Ku Di Sini (1995), Puncak Kasih (1997) dan banyak lagi.

Kecemerlangan beliau dalam bidang lakonan juga terbukti menerusi beberapa filem lakonannya seperti Sembilu (1994), Maria Mariana (1996), Merah (1996), Pontianak Menjerit (2005) dan Magika (2010).

Beliau juga telah membintangi drama televisyen termasuk Mak Cun 4 (2018), Janda Kosmopolitan (2020) dan Histeria The Series (2022) dan banyak lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini