Wanita OKU bisu, pekak hilang di Dungun

Wanita OKU bisu, pekak hilang di Dungun

 ASNAH MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak dilaporkan hilang selepas  tidak pulang ke rumahnya di Kampung Nibong Kubur, di sini, sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Asnah Muhammad, 44, pada PUKUL 7.10 malam semalam.

Katanya, wanita berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 153 sentimeter serta berat 60 kilogram.

“Orang hilang ini mempunyai ciri fizikal berkulit cerah dan berbadan sederhana. Maklumat tambahan mendapati mangsa merupakan OKU bisu dan pekak,” katanya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan wanita berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nadia Mat Nasir di talian 011-6331 4818 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×