Tiada makluman PH-Bersatu mahu bergabung di Melaka

Tiada makluman PH-Bersatu mahu bergabung di Melaka

Fahmi Fadzil pada sidang akhbar ketika Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Melaka (MITC).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, perkara itu juga tidak dimaklumkan kepadanya setakat ini.

“Saya tidak tahu (PH bekerjasama dengan Bersatu di PRN Melaka). Saya bukan PH Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tak dimaklumkan (dakwaan perbincangan PH bekerjasama dengan Bersatu),” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Nasional PKR 2026 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, beliau akan membawa beberapa pandangan serta perubahan bagi menambah baik penyampaian maklumat dalam parti, termasuk memastikan isu yang paling dirasai rakyat dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

Katanya, beliau turut mengambil pendekatan terbuka terhadap cadangan ketua-ketua cabang yang mahu memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat dari peringkat akar umbi.

ADS:D

“Saya bukan sekadar mengambil maklum, tetapi berterima kasih terutama kepada ketua-ketua cabang yang menyatakan hasrat untuk memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat.

“Memang sebelum ini pun ada, tetapi mungkin mereka perlukan satu hubungan yang lebih formal untuk memastikan isu di peringkat Parlimen dapat diketahui oleh kami di Putrajaya dan seterusnya diusahakan penyelesaiannya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN