TH komited laksana pelunasan zakat ikut syariah

TH komited laksana pelunasan zakat ikut syariah

REFORMASI yang menyeluruh amat penting bagi memastikan Tabung Haji (TH) terus kekal sebagai institusi yang diyakini, dihormati dan mampu memenuhi tujuan asal penubuhannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelunasan zakat bagi pihak pendeposit dilaksanakan mengikut prinsip syariah serta mematuhi garis panduan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH.

Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, pihaknya menyambut baik kenyataan Mufti Pahang, Prof. Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim yang memberikan penjelasan berhubung pelunasan zakat TH mengikut hukum syarak.

Katanya, Asmadi yang juga merupakan bekas Ahli Pesuruhjaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji telah menghuraikan secara menyeluruh proses pengurusan pembayaran zakat bagi pihak pendeposit yang sah.

“Penjelasan itu diharap dapat meningkatkan kefahaman masyarakat, khususnya pendeposit, mengenai proses pembayaran zakat yang diperakui melalui proses ijtihad berautoriti.

“TH kekal komited memastikan setiap aspek operasi dan tadbir urus zakat dilaksanakan berpandukan Garis Panduan Zakat yang diluluskan serta dipantau oleh JPS TH,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, jawatankuasa berkenaan dianggotai pakar dalam bidang syariah dan kewangan Islam bagi memastikan segala urusan berkaitan zakat mematuhi kehendak hukum syarak.

“TH berharap para pendeposit akan terus memberikan sokongan dan mengekalkan keyakinan terhadap pengurusan institusi ini dalam menguruskan amanah lebih 9.8 juta pendeposit di seluruh negara,” katanya.-  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×