Remaja 13 tahun antara ditahan kes pecah masuk

Remaja 13 tahun antara ditahan kes pecah masuk

SEBAHAGIAN peralatan memancing yang berjaya dirampas selepas menahan dua lelaki termasuk remaja berusia 13 tahun, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Dua lelaki termasuk remaja berusia 13 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kedai alatan memancing di Jalan Changkat Jong, di sini pada 30 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak berkata, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, remaja terbabit bersama rakan berusia 19 tahun ditahan menerusi dua serbuan berasingan hasil siasatan dan risikan yang dijalankan susulan laporan diterima daripada pemilik kedai pada hari sama.

“Berdasarkan laporan dibuat pemilik kedai, premisnya telah diumpil dan dipecah masuk. Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah peralatan memancing telah hilang dengan anggaran kerugian kira-kira RM8,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 13 dan 19 tahun menerusi dua serbuan berasingan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, polis turut menemui dan merampas semula sejumlah barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan untuk tindakan siasatan lanjut.

Katanya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum arahan diperoleh supaya kedua-dua suspek dituduh di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek yang kini masih dalam tempoh tahanan reman akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk menghadapi pertuduhan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu beliau menegaskan, polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah, termasuk mereka yang membantu menyembunyikan atau melupuskan harta yang dipercayai hasil kegiatan jenayah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×