Projek ganti paip RM11.72 juta di Maran siap 91 hari awal

Projek ganti paip RM11.72 juta di Maran siap 91 hari awal

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Projek penggantian paip bernilai RM11.72 juta di lima lokasi di daerah ini disiapkan 91 hari lebih awal daripada jadual, sekali gus membolehkan rakyat menikmati manfaat bekalan air yang lebih baik lebih cepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu perlu dijadikan budaya dalam pelaksanaan projek kerajaan dan bukan kejayaan yang berlaku sekali-sekala.

Beliau berkata, masa amat penting dalam pelaksanaan projek kerana setiap hari yang dijimatkan sebenarnya dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk tempoh tambahan untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau kita boleh siapkan sebulan lebih awal, bermakna sebulan lebih awal rakyat menikmati manfaat. Kalau kita boleh siapkan tiga bulan lebih awal seperti projek ini, maka tiga bulan itu adalah tempoh tambahan rakyat menikmati perkhidmatan yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Siap Penggantian Paip Daerah Maran di Loji Rawatan Air Chenor, di sini, hari ini.

Menurut Wan Rosdy,  projek berkenaan melibatkan Kampung Serengkam, Ulu Luit, Chenor, Ulu Jempul dan Kampung Pejing. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini