PRN Melaka: PH tidak tolak kemungkinan bincang kerjasama dengan BN

PRN Melaka: PH tidak tolak kemungkinan bincang kerjasama dengan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan akan mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun perkara itu akan diputuskan selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh pulang dari luar negara, esok.

“Abd Rauf ini sahabat lama saya dan kami selalu berhubung dan beliau kini dalam lawatan rasmi ke New Zealand. Tarikh beliau pulang ke tanah air termasuk delegasi yang ikut serta pun saya tahu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sentiasa berhubung dan berbincang pelbagai perkara, selain akan singgah makan asam pedas Mak Leha di rumah beliau, setiap kali saya ke Melaka.

“Oleh kerana PRN Melaka sudah hampir, kemungkinan kita akan bincang juga tajuk berkenaan. Kemungkinanlah,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN