Polis giat kesan suspek kes rogol OKU

Polis giat kesan suspek kes rogol OKU

JABATAN Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menjalankan Operasi PATI Khas di Bakau Tinggi, Kemaman. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis giat mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes rogol membabitkan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) di Kemaman, dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, usaha mengesan suspek itu turut dilakukan menerusi Operasi PATI Khas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu di Bakau Tinggi, Kemaman, hari ini.

Katanya, operasi bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi itu memberi tumpuan kepada usaha mengesan dan menangkap individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

“Operasi ini turut melibatkan pemantauan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu bersama Pengarah JIM Terengganu. Sebanyak 33 individu diperiksa terdiri daripada enam warga tempatan dan 27 warga asing  membabitkan enam lelaki, lima wanita dan 16 kanak-kanak,” katanya hari ini.

Beliau berkata, hasil operasi itu, dua lelaki warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Terdahulu, polis menahan tiga lelaki warga asing bagi membantu siasatan dan ditahan reman lima hari bsehingga 12 Ogos ini di Mahkamah Majistret Kemaman. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×