Perkhidmatan kesihatan masuk kampung peluang masyarakat luar bandar dapat rawatan

Perkhidmatan kesihatan masuk kampung peluang masyarakat luar bandar dapat rawatan

MOHAMMAD Ghazali Hajiji (tengah) mendengar penerangan mengenai Kem Kesihatan Kampung Baru-Baru, Tuaran selepas mewakili Ketua Menteri merasmikan kem itu, hari ini. - UTUSAN/HARDY JOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Perkhidmatan kesihatan masuk kampung perlu terus didekatkan kepada masyarakat terutama penduduk luar bandar yang mempunyai kekangan mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program kesihatan turun padang penting dalam memberi peluang kepada masyarakat menjalani pemeriksaan awal, mendapatkan nasihat petugas kesihatan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri dan keluarga.

“Kerajaan negeri amat menitikberatkan kesejahteraan hidup rakyat di peringkat akar umbi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan kesihatan secara berkala penting kerana penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis boleh berlaku tanpa menunjukkan tanda jelas pada peringkat awal.

“Oleh itu, kempen kem perubatan seperti dilaksanakan hari ini memberi peluang kepada masyarakat membuat pemeriksaan awal.

“Pendekatan mencegah lebih baik daripada mengubati perlu terus disemai dalam masyarakat,” katanya dalam teks ucapan pada majlis perasmian Kem Kesihatan Kampung Baru-Baru, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Mohammad Ghazali Hajiji.

Hajiji menghargai komitmen warga Hospital Tuaran yang sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, selain kerjasama ahli lembaga pelawat Hospital Tuaran, pihak hospital, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.

Sehubungan itu, beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa serta diperluaskan ke kampung lain di Tuaran.

Hajiji menasihatkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan menjaga kebersihan persekitaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN