Pengacara lama perlukan pelapis - Raja Azura - Utusan Malaysia

Pengacara lama perlukan pelapis – Raja Azura

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara, Raja Azura, 54, memaklumkan beliau berbesar hati kerana digandingkan dengan pengacara yang jauh lebih muda, Keanu Azman untuk program Kilauan Emas Selebriti yang membuka tirainya, semalam.

Katanya, kehadiran Keanu akan membantu menarik golongan gen z untuk menonton rancangan yang sinonim dengan golongan lebih berusia.

“Saya senang digandingkan dengan Keanu kerana mana tahu dia boleh menarik golongan gen z untuk menonton rancangan Kilauan Emas Selebriti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita ini pengacara lama yang perlukan pelapis di masa akan datang.

“Sekurang-kurangnya dapatlah saya curahkan ilmu pengacaraan saya yang saya berikan secara ikhlas,” katanya.

Kata Raja Azura, apabila memgacarakan program tersebut, dia menganggap dirinya seperti ibu yang bergandingan dengan anak supaya menimbulkan keserasian dan akhirnya meninggalkan kesan menerusi gandingan dengan pengacara muda.

“Saya anggap Keanu seperti anak saya. Saya cakap kepada dia gandingan ini ibarat ibu dan anak.

“Yang penting apa yang kita lakukan ini akan meninggalkan kesan sebab program Kilauan Emas ini sudah lama saya tinggal, 11 tahun.

“Kalau saya buat sesuatu program itu, saya akan tinggalkan kesan, membuatkan orang teringat kepada program itu sampai,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini