Mata juling boleh jejas perkembangan otak kanak-kanak

Mata juling boleh jejas perkembangan otak kanak-kanak

DR. Ab. Rahman Izani Ghani (dua kiri) semasa menyantuni seorang kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Masalah mata juling dalam kalangan kanak-kanak bukan sekadar memberi kesan terhadap penampilan, malah boleh menjejaskan perkembangan otak dan tahap penglihatan sekiranya tidak dikesan serta dirawat pada peringkat awal.

Pengarah Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Datuk Dr. Ab. Rahman Izani Ghani@Ab. Ghani berkata, keadaan itu berlaku apabila mata yang juling tidak dapat memberikan tindak balas kepada otak pada kadar normal berbanding mata yang berada dalam kedudukan lurus.

Katanya, masalah berkenaan juga boleh menyebabkan kanak-kanak berdepan tahap penglihatan yang rendah selain memberi kesan terhadap keyakinan diri dan perkembangan sosial mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah mata juling boleh dikesan dan dibetulkan seawal usia dua tahun. Malah jika dikenal pasti lebih awal, rawatan boleh dilakukan supaya apabila mencapai usia persekolahan, kedudukan mata sudah berada dalam keadaan yang lebih baik.

“Mata yang juling sama ada ke dalam atau ke luar tidak akan memberikan tindak balas kepada otak secara normal dan keadaan itu boleh mempengaruhi perkembangan otak dan penglihatan, ” katanya selepas Majlis Perasmian  Karnival Pembedahan Mata Juling di Wad 2 Utara, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian di sini hari ini.

Dr. Ab. Rahman berkata, peningkatan kes masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak turut dikaitkan dengan beberapa faktor termasuk keturunan serta pendedahan berlebihan kepada peranti digital.

Katanya, penggunaan gajet dalam tempoh lama boleh menyumbang kepada masalah rabun dan secara tidak langsung meningkatkan jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN