Mahu buat showcase bersama Aina Abdul - Fadhilah Intan - Utusan Malaysia

Mahu buat showcase bersama Aina Abdul – Fadhilah Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Indonesia, Fadhilah Intan, menyimpan impian untuk mengadakan ‘showcase’ di Malaysia dan berhasrat menampilkan idolanya, Aina Abdul, sebagai gandingannya di atas pentas.

Fadhilah atau Fadhilah Intan Pramita Sari, 27, berkata, meskipun hasrat itu sekadar impian buat masa ini, dia mengakui perancangan itu didorong oleh minatnya terhadap penyanyi berkenaan.

“Mungkin saya juga ingin mengadakan showcase di sini, tetapi itu masih dalam angan-angan. Kalau impian itu menjadi kenyataan, mungkin saya boleh membawa Aina Abdul bersama.

“Sewaktu saya mengadakan konsert di Jakarta sebelum ini, dia hadir dan menyanyi untuk konsert saya. Peminat di sana memang sangat meminati Aina,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengimbas detik awal perkenalan bersama Aina Abdul, Fadhilah mengakui tidak menyangka mendapat peluang berduet dengan idola kesayangannya secara spontan menerusi lagu Aral Cinta Sejati.

Katanya, pertemuan pertamanya bersama penyanyi lagu Kamu itu tidak dirancang ketika sedang makan tengah hari di Indonesia.

“Perkenalan kami berdua sebenarnya tanpa dirancang sewaktu kami sedang makan tengah hari. Sebenarnya Aina merupakan idola saya dan saya tidak sangka pada waktu itu dapat berduet dengannya.

“Sepatutnya saya tiada semasa makan tengah hari itu, tetapi tiba-tiba saya datang, pengurus saya bawa untuk berjumpa Aina Abdul. Dia seorang yang sangat baik,” ujarnya.

Untuk rekod, Fadhilah Intan merupakan seorang penyanyi wanita kelahiran Surabaya, Indonesia yang mula melonjak naik dan meraih populariti luar biasa di Malaysia menerusi lagu tularnya berjudul Dawai dan juga pernah berduet bersama Aina Abdul menerusi lagu Aral Cinta Sejati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×