Lelaki lari daripada polis ditemukan lemas

Lelaki lari daripada polis ditemukan lemas

MAYAT lelaki yang lemas selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis ditemukan pasukan penyelamat di Sungai Mak Som, Besut, Terengganu. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT:  Seorang lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan terjun ke sungai petang semalam, ditemukan lemas di Sungai Kampung Gong Mak Som, di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd. Rozaime Ab Rahim berkata, mayat lelaki itu ditemukan kira-kira pukul 11.30 pagi oleh pasukan penyelamat pada jarak lebih kurang 250 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

“Kita telah mengenal pasti identitinya yang merupakan warga tempatan berusia 28 tahun. Mayatnya dihantar ke Hospital Besut bagi tujuan bedah siasat, ” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, tindakan seorang lelaki melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan terjun ke sungai membawa padah apabila dia disyaki lemas di Sungai Kampung Gong Mak Som. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN