Kononnya M. Nasir terjumpa 'jelmaan' Puteri Gunung Ledang - Tiara Jacquelina - Utusan Malaysia

Kononnya M. Nasir terjumpa ‘jelmaan’ Puteri Gunung Ledang – Tiara Jacquelina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Dengarnya dia terjumpa jelmaan Puteri Gunung Ledang.”

Demikian dedah Pelakon dan penerbit, Tiara Jacquelina yang dimaklumkan mengenai pasangan pelakon, Datuk M. Nasir yang didakwa pernah berjumpa jelmaan Puteri Gunung Ledang sewaktu melakukan penggambaran filem tersebut 22 tahun lalu.

Tiara berkata perkara itu diceritakan kru produksi hanya selepas selesai penggambaran filem tersebut.

“Kejadian itu berlaku ketika kami melakukan penggambaran di Gunung Ledang. Dikhabarkan M. Nasir terjumpa jelmaan Puteri di sekitar kawasan tersebut.

“Saya hanya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh kru produksi selepas penggambaran selesai. Mungkin anda boleh bertanya sendiri kepada tuan punya badan tentang ini,” katanya.

Tiara memaklumkan dia sampai ke hari ini tidak berpeluang mendapatkan kesahihan perkara itu kepada M. Nasir.

“Sehingga sekarang saya tidak berkesempatan untuk bertanya  sendiri kepada M. Nasir mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu Tiara memberitahu tidak mengalami kejadian mistik sepanjang penggambaran itu berlangsung.

“Mungkin saya terlalu fokus kepada watak sebagai Puteri Gunung Ledang sehinggakan tidak menyedari apa yang berlaku di sekitar saya,” ujarnya.

Disoal mengenai upacara sebelum penggambaran filem tersebut, Tiara memaklumkan ada  mengamalkan beberapa amalan masyarakat yang bertujuan membersihkan diri dan mindanya.

“Tak ada ‘ritual’ (upacara) khas sebelum mula, namun ada orang Jawa akan lalui beberapa amalan antaranya berpuasa pada hari tertentu seperti Isnin dan Khamis.

“Mereka juga mengamalkan mutih, amalan berpuasa untuk membersihkan diri yang mana menuntut pengamalnya untuk mengambil nasih dan air putih selama 24 jam bagi bersihkan diri,” ujarnya.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×