Kerajaan akui peranan BERNAS

Kerajaan akui peranan BERNAS

MOHAMAD Sabu berucap pada Majlis Peluncuran Laman Padi dan Pengiktirafan Malaysia Book Of Records pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Laman Sayuran, Herba dan Kelulut, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) membantu kerajaan dalam usaha mencapai matlamat Kadar Sara Diri (SSR) beras sebanyak 80 peratus.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, BERNAS sememangnya memainkan peranan dalam membantu meningkatkan SSR beras negara.

Beliau berkata, antara peranan BERNAS termasuk memastikan stok penimbal mencukupi serta mengimport beras sekiranya berlaku kekurangan bekalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“BERNAS juga membantu sentiasa kalau ada bencana dan sebagainya. BERNAS sendiri tidak terlibat secara membuka ladang secara besar-besaran, tapi dia menyelaras.

“Dan kerajaan sentiasa di atas perjanjian 10 perkara itu supaya perjanjian perkara itu sentiasa dipatuhi oleh pihak BERNAS,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Laman Padi dan Pengiktirafan Malaysia Book Of Records pada MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai peranan BERNAS dalam membantu kerajaan mencapai sasaran SSR beras sebanyak 80 peratus.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, wakil Kementerian turut menganggotai lembaga pengarah BERNAS bagi memastikan peranan syarikat itu terus dipantau.

“BERNAS bukan swasta 100 peratus, dia ada wakil kerajaan dalam lembaga BERNAS itu. Ini sentiasa kita pantau dari masa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini