‘Kanser’ dalam ATM: Menteri Pertahanan dijangka menghadap PSJ

‘Kanser’ dalam ATM: Menteri Pertahanan dijangka menghadap PSJ

ADUN Sedili, Muszaide Makmor dan ADUN Johor Lama, Norlizah Noh memotong pulut kuning pada Majlis Kesyukuran BN Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dijangka menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung titah Baginda mengenai pengurusan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohamed Khaled berkata, pertemuan itu penting bagi membolehkan beliau mendengar sendiri pandangan Tunku Mahkota Ismail susulan pendedahan mengenai wujudnya ‘kanser’ dalam ATM, selain mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perkara berkenaan.

“Saya akan menghadap Pemangku Sultan Johor dalam waktu terdekat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya kenyataan dan titah itu perlu kita beri gambaran yang jelas dan mungkin kita boleh sama-sama perbaiki keadaan tersebut,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Khamis lalu, Tunku Mahkota Ismail bertitah, semua pihak yang terbabit dalam merancang Rejimen Gerak Khas (RGK) diingatkan supaya tidak mengubah keputusan yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim demi kepentingan pihak tertentu.

Ketika bertitah pada Majlis Perbarisan bersempena dengan Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke-61 di Mersing itu, baginda turut menzahirkan teguran berhubung isu pengurusan di Kementerian Pertahanan dan kepimpinan ATM. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini