Kalau suruh solat pun dia tidak mahu, tentu ada cara betul untuk mengajar - Nourul Wahab

Kalau suruh solat pun dia tidak mahu, tentu ada cara betul untuk mengajar – Nourul Wahab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Nourul Wahab, membidas kenyataan seorang pengguna media sosial yang seolah-olah menghalalkan tindakan memukul wanita atas alasan mahu mendidik.

Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 49, berkata, agama Islam sama sekali tidak pernah mengajar kaum lelaki untuk mengasari golongan wanita terutamanya seorang isteri.

Teguran lantang itu disuarakan bagi membendung tindakan sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya menjadikan wanita sebagai sasaran pelepas kemarahan.

“Islam mengajar menghormati wanita terutamanya ibu dan isteri. Perempuan bukan bahan melepaskan geram, sekalipun dia tidak mahu membuat apa yang lelaki mahu.

“Kalau suruhan solat sekalipun dia tidak mahu buat, ada cara betul untuk mengajar. Bukan dengan memberikan tumbukan atau tamparan,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Nourul berkongsi teguran itu dalam ruangan komen hantaran seorang lelaki yang mendakwa suami dianjurkan memukul isteri mengikut doktrin Islam.

Penyanyi lagu Cinta Azali itu turut menegur tindakan individu berkenaan yang mengeluarkan pandangan tanpa merujuk panduan agama yang betul.

“Rujuk kepada mereka yang lebih arif. Jangan main cakap sembrono sahaja macam ini encik atau tuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×