HealthCover Prime tawarperlindungan kewanganpenyakit kritikal

HealthCover Prime tawar perlindungan kewangan penyakit kritikal

GIULIO Slavich (dua dari kiri), Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Tuntutan dan Solusi Kesihatan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Tammy Lee (dua dari kanan) dan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan, Prof. Dr. Murallitharan Munisamy (kanan) pada Program Beyond Survival: The Journey from Setback to Comeback di ALOFT Hotel. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) memperkenalkan HealthCover Prime bagi menyediakan perlindungan kewangan lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia ketika menjalani rawatan dan sepanjang proses pemulihan daripada penyakit kritikal.

Penyelesaian perlindungan penyakit kritikal terbaharu itu dibangunkan bagi membantu individu menghadapi kesan kewangan jangka panjang akibat masalah kesihatan serius, termasuk gangguan pendapatan, kos sara hidup berterusan serta penyesuaian gaya hidup.

HealthCover Prime diperkenalkan sebagai respons terhadap keperluan pelanggan yang semakin berkembang dan perubahan trend tuntutan dengan menawarkan sokongan bukan sahaja ketika rawatan, malah sepanjang tempoh pemulihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelancaran pelan itu selaras dengan pendirian Allianz Life bahawa penyakit kritikal tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai cabaran kesihatan kerana banyak keluarga masih terdedah kepada kesan ekonomi selepas rawatan perubatan berakhir.

GIULIO SLAVICH

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Giulio Slavich berkata, walaupun kemajuan perubatan meningkatkan kadar kelangsungan hidup pesakit, ramai rakyat Malaysia masih belum bersedia menghadapi kesan kewangan selepas didiagnosis dengan penyakit kritikal.

“Penyakit kritikal bukan lagi sekadar isu kesihatan. Bagi banyak keluarga, ia boleh bertukar menjadi krisis kewangan.

“Walaupun rawatan perubatan mampu menyelamatkan nyawa, kehilangan pendapatan, penyusutan simpanan serta komitmen kewangan yang berterusan boleh mewujudkan cabaran jangka panjang sepanjang proses pemulihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Forum Media Allianz Life bertemakan Beyond Survival: The Journey from Setback to Comeback di sini, semalam.

Forum itu menghimpunkan pemimpin industri, pejuang advokasi penjagaan kesihatan serta wakil media bagi membincangkan peningkatan beban kewangan akibat penyakit kritikal seperti kanser, strok dan penyakit jantung.

GIULIO Slavich (dua dari kiri), Tammy Lee (dua dari kanan) dan Prof. Dr. Murallitharan
Munisamy (kanan) pada Program Beyond Survival: The Journey from Setback to
Comeback di ALOFT Hotel.

Keperluan terhadap perlindungan kewangan berkenaan turut dicerminkan menerusi rekod tuntutan Allianz Life apabila syarikat itu membayar RM1.33 bilion kepada keluarga di Malaysia sepanjang 2025.

Jumlah tersebut menunjukkan sokongan kewangan signifikan diperlukan apabila seseorang berdepan penyakit atau kejadian hidup yang tidak dijangka.

Data syarikat itu turut menunjukkan peningkatan pembayaran manfaat penyakit kritikal serta tuntutan melibatkan rakyat Malaysia pada usia lebih muda.

Sejak 2022, pembayaran manfaat penyakit kritikal berkaitan kanser meningkat sebanyak 29 peratus, strok 95 peratus dan penyakit jantung 22 peratus.

Dapatan itu mencabar persepsi bahawa penyakit kritikal hanya menjejaskan golongan berusia atau individu yang menjadi sumber pendapatan utama keluarga.

Antara tuntutan yang direkodkan Allianz Life melibatkan seorang pelajar universiti berusia 18 tahun yang didiagnosis menghidap kanser darah dan pereka grafik berumur 30 tahun yang mengalami penyakit buah pinggang.

Sebanyak 43 peratus penuntut manfaat penyakit kritikal Allianz Life ialah wanita dan 31 peratus berusia bawah 40 tahun.

Menurut Giulio, HealthCover Prime menyediakan perlindungan bermula pada peringkat awal penyakit bagi membolehkan pelanggan menerima bantuan kewangan sebaik sahaja diagnosis dibuat.

Katanya, bantuan berkenaan penting kerana ia mungkin menjadi bayaran pertama yang diterima pesakit ketika berdepan penyakit.

“Bagi diagnosis pada peringkat awal, bayaran diberikan sehingga 50 peratus daripada jumlah perlindungan yang dipilih.

“Bayaran itu boleh meningkat sehingga 100 peratus daripada jumlah perlindungan apabila penyakit kritikal didiagnosis pada peringkat lebih serius,” katanya.

GIULIO Slavich (kiri) bersama Tammy Lee (dua dari kiri), Prof. Dr. Murallitharan
Munisamy (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Produk Allianz Life Insurance Malaysia
Berhad, Ooi Haw Yun pada Program Beyond Survival: The Journey from Setback to
Comeback di ALOFT Hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Prof. Dr. Murallitharan Munisamy pula berkata, hampir dua pertiga daripada kes kanser di Malaysia dikesan pada peringkat lewat, sekali gus mengurangkan peluang pesakit untuk terus hidup dan meningkatkan beban kewangan bagi mendapatkan rawatan.

“Kelewatan mengesan kanser bukan sahaja menjejaskan kadar kelangsungan hidup pesakit, malah menyebabkan kos rawatan meningkat dengan ketara.

“Bagi sesetengah jenis kanser, keadaan itu lebih membimbangkan apabila hampir 95 peratus kes kanser pankreas dikesan pada tahap tiga atau empat.

“Keadaan itu menyebabkan masyarakat kehilangan ahli keluarga, pasangan, rakan dan orang tersayang akibat penyakit yang semakin sukar dirawat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi merangkap Ketua Pegawai Tuntutan dan Penyelesaian Kesihatan Allianz Life, Tammy Lee berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada tuntutan yang diterima syarikat itu berpunca daripada kanser payudara.

Beliau berkata, berdasarkan statistik di Malaysia, seorang daripada 10 rakyat negara ini berisiko menghidap kanser sepanjang hayat, manakala data Institut Kanser Negara (IKN) menunjukkan nisbah seorang daripada lapan.

“Walaupun angka yang dilaporkan berbeza-beza, keadaan keseluruhannya tetap membimbangkan kerana hampir setiap daripada kita mempunyai rakan atau ahli keluarga yang pernah menghidap kanser.

“Jika dilihat dari segi jantina, kadarnya lebih tinggi dalam kalangan wanita. Lebih membimbangkan, penyakit ini semakin menjejaskan golongan muda, termasuk kanak-kanak yang menerima rawatan di bawah pelan perlindungan kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini