Hasrat Azeva bergelar artis pulang dari Australia jadi kenyataan - A. Aida - Utusan Malaysia

Hasrat Azeva bergelar artis pulang dari Australia jadi kenyataan – A. Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit, Datuk A. Aida mendedahkan anaknya, Wan Azeva Natassha, terus menyuarakan hasrat untuk berlakon dan menyanyi sejurus pulang daripada belajar di Australia.

A. Aida atau Zaidah Awang berkata, dia tidak menyangka Azeva berubah fikiran, memandangkan dia telah memujuk gadis itu menyertai industri sudah lama lagi.

“Sejak dia berumur 17 tahun lagi saya pujuk, tetapi dia asyik tidak mahu sahaja. Bila dia sendiri cakap begitu, Allah telah memudahkan jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terus setuju tanpa tanya persetujuan dia sebab bagi saya itu jalan paling pantas untuk dia mencipta nama. Alhamdulillah, niat dan doa seorang ibu Allah makbulkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, penyertaan Azeva dalam program Talk To My Manager Musim Ke-2 (TTMM2) terbukti membuahkan hasil apabila namanya kini semakin dikenali ramai dalam tempoh yang singkat.

“Saya bersyukur sangat sebab Azeva mencipta nama dalam sekelip mata selepas menyertai program itu. Itulah objektif utama saya membawanya ke dalam industri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, A. Aida turut mengesahkan anaknya itu sudah mula dilamar untuk mengendalikan sebuah projek pengacaraan baharu tidak lama lagi.

“Dia telah dilamar untuk menjadi pengacara bagi projek seterusnya. Tetapi pihak produksi cakap belum boleh diumumkan lagi sebab mahu buat kejutan,” katanya.

Untuk rekod, Azeva merupakan anak hasil perkahwinan A. Aida bersama bekas suaminya yang juga merupakan penyanyi iaitu Ameng Spring.

Terdahulu, Azeva sebelum ini menuntut pengajian di Victoria University, Australia dalam bidang perniagaan sebelum mengambil keputusan pulang ke Malaysia untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dalam dunia hiburan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini