Hajiji hadir Kongres PKR, wakil BN-UMNO tidak kelihatan

Hajiji hadir Kongres PKR, wakil BN-UMNO tidak kelihatan

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kongres Nasional Keadilan 2026 diiringi oleh Datuk Seri Hajiji Noor, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamad Sabu di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketiadaan wakil Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kongres berkenaan turut dihadiri Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, yang merupakan antara pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan dari Sabah.

Turut hadir ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu serta wakil pimpinan DAP, yang merupakan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, kelibat wakil BN dan UMNO tidak kelihatan pada kongres berkenaan, sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada parti berkenaan tidak menerima jemputan atau mempunyai komitmen lain yang menghalang kehadiran mereka.

Ketidakhadiran wakil BN dan UMNO itu juga mencetuskan persoalan mengenai hubungan antara PKR dengan BN ketika ini, khususnya susulan perkembangan politik terbaharu yang menyaksikan UMNO dan BN mengambil pendekatan berbeza daripada PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Dalam PRN berkenaan, BN dan UMNO dilihat menjalinkan kerjasama bagi berdepan calon-calon PH di beberapa kerusi, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap kesepakatan antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, khususnya di peringkat negeri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN