Generasi Alpha perlu seimbangkan teknologi dengan nilai murni 

Generasi Alpha perlu seimbangkan teknologi dengan nilai murni 

KUALA LUMPUR 23 OGOS 2026. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyampaikan ucapan Perasmian Prog-Alpha Gen Talent @ Kemas 2026 di Arena Sukan KL. Foto : Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Generasi Alpha perlu dilengkapi kemahiran teknologi seiring keupayaan berfikir secara kritis, mencetuskan idea kreatif serta mengamalkan nilai murni dan adab ketika berdepan cabaran era digital.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,  aspek berkenaan menjadi antara fokus dalam pelaksanaan inisiatif Alpha Gen Talent oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Menurutnya, generasi berkenaan membesar dalam suasana teknologi berkembang pesat, dengan pelbagai maklumat, perkhidmatan dan kemudahan mudah dicapai menerusi peranti digital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendedahan tersebut perlu disertai pendidikan yang membolehkan mereka memahami proses penciptaan teknologi, selain berupaya menilai serta menapis kesahihan maklumat yang diterima.

“Jadi sebab itu daripada peringkat tadika ini, bila KEMAS memperkenalkan benda ini, saya rasa ia sangat penting untuk kita membina masyarakat kita pada masa akan datang yang terdedah dengan banyak teknologi,” katanya pada sidang akhbar Perasmian Prog-Alpha Gen Talent @ Kemas di Arena Sukan KL, hari ini.

Beliau berkata, penguasaan teknologi dalam kalangan generasi Alpha perlu disertai pendidikan mengenai akhlak, adab dan kreativiti yang berpaksikan nilai kemanusiaan.

Katanya, pendekatan itu penting supaya mereka mampu membuat pertimbangan secara matang terhadap penggunaan teknologi, khususnya dalam kehidupan seharian.

“Mereka boleh menilai dan mengkaji, selain memahami bagaimana media sosial boleh digunakan untuk perkara yang membawa kebaikan atau keburukan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini