Bumbung bangunan SMK Juasseh runtuh

Bumbung bangunan SMK Juasseh runtuh

KEADAAN bumbung bangunan di SMK Juasseh, Kuala Pilah yang runtuh dalam kejadian tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Bumbung sebuah bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh, di sini yang turut menempatkan makmal, runtuh dalam kejadian tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.08 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah tiba di lokasi pada pukul 12.19 tengah hari.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.08 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah tiba di lokasi pada pukul 12.19 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku runtuhan bumbung pada bangunan sekolah di tingkat tiga yang menempatkan makmal.

“Komander operasi turut melaporkan terdapat bahan kimia di dalam bangunan berkenaan namun jenis bahan tersebut masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam runtuhan tersebut.

Katanya, operasi masih berjalan dan pasukan bomba sedang menjalankan pemantauan dan mengosongkan bangunan bagi memastikan keselamatan warga sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN