BN Terengganu sedia kerjasama PN jika ada persefahaman

BN Terengganu sedia kerjasama PN jika ada persefahaman

ROZI Mamat (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta sempena Hari Kemahiran Kemas dan Program Alpha Gen Talents@Kemas Peringkat Negeri Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/ ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Barisan Nasional (BN) Terengganu bersedia membuka ruang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) sekiranya terdapat persefahaman antara kedua-dua gabungan itu pada masa akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, sebarang kerjasama politik antara BN dan PN di peringkat negeri belum dibincangkan secara rasmi.

Katanya, hubungan antara BN dan PN di Terengganu berada dalam keadaan baik walaupun kedua-dua parti mempunyai pendirian politik masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini belum ada perbincangan mengenai kerjasama politik antara BN dan PN di peringkat negeri. Kita mengadakan hubungan baik dengan semua parti politik termasuk PN demi kesejahteraan dan kestabilan masyarakat serta negara.

“Kalau ada momentum ke arah kerjasama, kita bersedia dan tidak mempunyai masalah untuk berbincang,” katanya ketika ditemui pada Hari Kemahiran Kemas dan Program Alpha Gen Talents@Kemas Peringkat Negeri Terengganu, di sini.

Rozi berkata, sebarang keputusan berkaitan kerjasama politik perlu melalui perbincangan dua hala dan mengambil kira keadaan serta kepentingan di peringkat negeri.

Sementara itu, beliau berkata, BN Terengganu sedang melaksanakan transformasi dalaman bagi memperkemas gerak kerja parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN