Beri kepercayaan kepada ‘gelombang biru’

Beri kepercayaan kepada ‘gelombang biru’

KUALA LUMPUR 23 OGOS 2026 - Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ditemui pemberita selepas merasmikan WITEX 2026 di WTC Kuala Lumpur. / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri mengajak orang ramai meletakkan kepercayaan kepada ‘gelombang biru’ untuk menerajui pentadbiran negara.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kepercayaan tersebut selaras aspirasi yang meletakkan asas pembentukan kepemimpinan negara berlandaskan kepada kepercayaan.

 “Tanggungjawab kita kini adalah untuk menterjemahkan kepercayaan kepada perkongsian lebih kukuh, kepercayaan kepada undi, kepercayaan kepada ‘gelombang biru’ gelombang baharu yang sedang berlaku di Malaysia, insya-Allah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peluang yang lebih besar dan kemakmuran yang dikongsi bersama. Faham tak apa, tak faham tak apa,” katanya secara  berseloroh ketika merasmikan 

Turut hadir, Pengerusi Penaja WITEX 2026, Datuk Seri Dr. Mohd. Khalid Harun dan Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Sebelum ini, Ahmad Zahid sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menyebut mandat kemenangan tersebut akan membawa satu gelombang untuk meneruskan gelombang biru dan biru pekat yang sudah bermula di Johor.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata, WITEX penting sebagai platform bagi menghubungkan pasaran, mewujudkan peluang dan membentuk masa depan ekonomi pelancongan Muslim global.

“Kita mesti berusaha untuk memacu pelaburan, memperkukuh piawaian dan mewujudkan peluang sebenar dalam sektor pelancongan, perdagangan, teknologi, persahabatan dan kebudayaan.

“Malaysia bersedia untuk membantu menerajui ekosistem itu dan bekerjasama dengan anda semua untuk membentuk bab seterusnya dalam ekonomi pelancongan Muslim global,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini