Belum ada keputusan rundingan kerusi PH-BN - Fahmi

Belum ada keputusan rundingan kerusi PH-BN – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut mengenai status rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, banyak perkara berkaitan rundingan berkenaan masih belum diputuskan dan beliau sendiri tidak terlibat secara langsung dalam proses tersebut.

“Banyak daripada perkara ini belum ada keputusan dan saya sendiri tidak terlibat, jadi agak sukar untuk saya memberi komen selain daripada apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah nyatakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lebih daripada itu sukar untuk saya beri komen,” katanya pada sidang akhbar pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rundingan pembahagian kerusi antara PH dan BN sudah bermula serta jumlah kerusi yang disasarkan PH dalam PRN Melaka akan datang.

Fahmi berkata, setiap parti mempunyai jadual dan garis masa tersendiri bagi mengadakan perbincangan menjelang pilihan raya tersebut.

“Dan saya percaya apa pun di pelbagai pihak bagi parti masing-masing ada schedule ataupun timeline yang telah ditetapkan untuk perbincangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar sebarang pertanyaan berhubung rundingan pilihan raya dirujuk kepada Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Untuk pihak Pakatan Harapan (PH) dan juga untuk PKR boleh rujuk dengan Datuk Seri Amirudin Shari selaku pengarah pilihan raya,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sebarang keputusan berhubung kerjasama pilihan raya antara PH dan BN akan dibincangkan di peringkat kepimpinan kedua-dua gabungan sebelum dimuktamadkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini