Anwar dijangka keluar hospital hari ini

Anwar dijangka keluar hospital hari ini

ANWAR Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

Isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Anwar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

“PMX menitipkan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau diberikan kesihatan dan kembali sihat,” katanya.

Isnin lalu, Perdana Menteri selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×