Alahan menyerang muka pula - Ezzanie Jasny - Utusan Malaysia

Alahan menyerang muka pula – Ezzanie Jasny

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ezzanie Jasny, 26, perlu mengambil ubat setiap hari gara-gara diserang alahan teruk.

Lebih parah lagi apabila alahan yang bermula dengan bengkak-bengkak kecil itu akhirnya merebak sehingga ke wajahnya.

“Tertekan, hari-hari kena makan ubat alergi. Ada sahaja bengkak sana, bengkak sini. Alahan menyerang muka pula,” katanya yang berkongsi perkara itu menerusi Thread.

Menurut Ezzanie, lebih mengejutkan lagi apabila ujian saringan kesihatan yang dilakukannya tidak menunjukkan sebarang petanda terhadap penyakit berkenaan.

“Sudah buat semakan alergik tetapi keputusan normal sahaja. Tak ada pula alergik  apa-apa,” kongsinya.

Perkongsiannya itu mengundangkan respon netizen yang rata-ratanya berkongsi tips dan nasihat.

Ada yang mencadangkan pelakon itu menukar sabun mandi kepada pencuci wajah selain menyarankan Ezzanie berbekam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×