‘Aku Berjanji’ suntik semangat patriotisme rakyat - Fahmi

‘Aku Berjanji’ suntik semangat patriotisme rakyat – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertajuk ‘Aku Berjanji’, yang didendangkan oleh komposer dan penyanyi tersohor, Faizal Tahir dapat menyemarakkan semangat cintakan negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mendengar lagu ciptaan dan nyanyian Faizal itu.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Faizal dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Sani Araby.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, penyanyi lagu Gemuruh itu turut berkongsi bahawa beliau akan mengadakan konsert pada 3 Oktober ini di Unifi Arena, Bukit Jalil.

“Saya doakan ia berjalan seperti direncanakan, insya-Allah.

“Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara melalui lagu ‘Aku Berjanji’, hasil ciptaan dan nyanyian Faizal,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN