'Akak telekung' tarikan perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya.

‘Akak telekung’ tarikan perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya.

'Akak telekung' tarikan perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: ‘Akak telekung’ antara yang menjadi tarikan orang ramai di perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 di Dataran Putrajaya.

Kontinjen Siti Khadijah memberi kelainan apabila seramai 47 peserta mengenakan telekung dan berkawad sepanjang lima kilometer.

Penampilan unik itu bukan sahaja mencuri perhatian penonton, malah mencetuskan suasana meriah apabila orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gelagat peserta berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, turut kelihatan pelbagai kontinjen sektor ekonomi yang dikenali ramai termasuk Zus Coffee, Munchy’s, Mr. DIY serta CARSOME.

Untuk maklumat, acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2026 dijadualkan berlangsung pada pukul 8 pagi ini.

Acara sambutan itu akan dijayakan lebih 10,819 peserta daripada 76 kontinjen selain melibatkan 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias serta 328 aset darat, laut serta darat serta 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini