AADK tubuhkan Unit Dron, kukuh pemantauan ‘hotspot’ salah guna dadah

AADK tubuhkan Unit Dron, kukuh pemantauan ‘hotspot’ salah guna dadah

SAIFUDDIN Nasution Ismail memakai lencana Unit Dron kepada Timbalan Komandan Unit Dron AADK, Zainuddin Abdullah ketika melancarkan Unit Dron AADK sempena Perhimpunan Bulanan KDN hari ini, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan serta meningkatkan keupayaan penguatkuasaan terutama di kawasan panas penyalahgunaan dadah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penggunaan dron membolehkan pemantauan dilakukan pada setiap masa termasuk pada waktu malam bagi mengesan individu yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Satu lagi penambahbaikan yang AADK telah berjaya lakukan adalah dengan memanfaatkan 18 unit dron bagi membolehkan pemantauan dilakukan sepanjang masa. Pertama, kita ada mapping kawasan hotspot di mana terdapat gejala penyalahgunaan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Unit dron ini, ia akan dapat melakukan penerbangan termasuk waktu malam dengan mengesan mereka yang terlibat dan hasilnya, kita dapat sejumlah 23,317 dalam senarai orang disyaki,” katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini.

Beliau berkata, maklumat yang diperoleh menerusi pemantauan dron kemudiannya akan dihantar ke bilik gerakan untuk tindakan penguatkuasaan, sekali gus membolehkan operasi dilaksanakan berdasarkan maklumat yang lebih tepat.

“Maknanya melalui pemantauan dron, ia hantar ke bilik gerakan data itu, jadi kita buat penguatkuasaan maka dapat kita menahan sejumlah orang yang terlibat. Jadi 18 unit dron AADK ini meningkatkan keupayaan mereka dalam fungsi penguatkuasaan,” katanya.

Saifuddin berkata, penggunaan teknologi dron merupakan antara penambahbaikan yang dilaksanakan AADK bagi memastikan fungsi penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berasaskan maklumat tepat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini